Monday, 2 November 2015

Muqaddimah ku dalam mengenali Bumi Tarim..

Pada tahun 2003,
Takdir Allah menemukan kami dengan beberapa pelajar Darul Mustafa,mereka mencerita kepada kami mengenai madrasah Habib Umar di Bumi Tarim,dengan mendengar akan cerita mereka,kami rasa tertarik untuk menuntut ilmu di sana,kami membuat persiapan untuk berhijrah dengan menghantar semua harta2 kami seperti rumah,kereta dll ke Akhirat (menjualnya) kerana kami niat nak menetap di Tarim,Hadhramaut untuk seberapa lama yang boleh..

Bila dah menghantar harta ke negeri Akhirat,buat apa lagi kita nak duduk di dunia yang sementara ini??

Jom berhijrah menuju Akhirat yang abadi..

Pada akhir tahun 2003..
Bermula lah penghijrahan kami sekeluarga,,
Demi agama Allah yang bak mutiara..
Ujian bagi yang nak berhijrah pasti ada,,
Itu tanda sayang Allah pada hambaNYA..

Selepas merintangi liku2 ujian dalam perjalanan,dari Malaysia ke rumah Allah dan menziarahi Rasulullah baru kami menuju ke Tarim..
Dengan 'inayah(jagaan) Allah akhirnya sampailah kami sekeluarga di Bumi yang penuh barokah ini..
Alhamdulillah bersyukur kami kepada Allah sebanyak2nya..

Allah Akbar..tak tahu bagaimana nak kata..
Rasa ketenangan menerjah ke dalam jiwa..
Maha Suci Tuhan yang Maha Pencipta,,
Suasana yang indah dan menakjubkan,,
Perkampungan yang sungguh tenang,,
Terlihat kanak2 berlari larian keriangan,,
Gelak tawa mereka memecahi kesunyian,,
Seolah kami masuk negeri Akhirat di alam nyata,,
Itulah kota Tarim terkenal sebagai syurga dunia..

0 comments:

Post a Comment