Monday, 2 November 2015

Perjalanan Menuju Kampung Akhirat

Kami di sambut oleh Ustaz Azhar Hasyim ketika itu masih berada di Tarim bersama keluarganya.. 
Apabila kami memasuki rumahnya,kami dapati mereka tidur hanya beralaskan tilam yang tersangat nipis,,

rumahnya hanya ada dua bilik,satu bilik untuk orang lelaki,satu lagi untuk orang perempuan,ada satu tandas,dan dapur..tiada kerusi,meja dan alat2 perabot lainnya apatah lagi dengan perhiasan rumah.. 
Subhanallah zuhudnya mereka..

Bila menjelang waktu petang,keluarku untuk bersiar2 menyaksi keindahan alam, sesampai di pinggiran bekasan parit yang amat luas,kelihatan beberapa orang lelaki dari golongan remaja sedang bermain bola di dalam parit yang kering itu,sungguh menakjubkan melihat mereka yang memakai seluar panjang di sertai dengan kain sarung ketika bermain bola.. 
MasyaAllah..tak ku sangka masih ada lagi manusia seumpama mereka.. 

Teringatku akan sebuah kisah yang telah terjadi beberapa tahun yang lepas..
Habib Umar selalu menziarahi kota Baidho' suatu kota di Hadhramaut,tempat beliau belajar dahulu. Pada suatu ketika tatkala beliau ke sana budak2 muda mengajak beliau untuk bermain bola bersama,,

ketika itu mereka bermain dengan memakai seluar pendek atas dari paras lutut. 
Lalu habib berkata: "baik lah tapi dengan syarat,esok kamu semua kena pakai seluar panjang sampai pertengahan betis dan aku pun akan memakai begitu juga.." 
Mereka semua sangat2 gembira dan makin bersemangat kerana guru mereka akan turut serta bermain bersama mereka. 
Pada keesokan harinya, mereka semua datang dengan memakai seluar panjang seperti mana yang dinasihatkan oleh habib.. Malahan habib juga memakai seperti mereka. 
Habib berkata: "baik lah..jadikan ku seorang pengadil untuk mengadili kamu semua.."
Hati mereka melongcat2 kegirangan kerana guru mereka akan mengadili permainan mereka pada hari itu.."

0 comments:

Post a Comment